Muhd Shidiq-KUL-V1-MAL

Pelaburan tidak seharusnya rumit, susah atau memakan masa. Ia hanyalah kombinasi konsep mudah yang boleh membantu anda menghasilkan wang.

Cuba anda lihat... Dewasa kini, walaupun rajin dan jujur bekerja, mereka tetap merasakan kesesakan dan kesukaran hidup kerana mereka tidak tahu bagaimana atau di mana mereka boleh membuat duit dengan mudah.

Jika anda melihat dalam kalangan jutawan, bukan semua bermula dengan kekayaan, kerajinan dan kebijaksanaan ataupun berpendidikan. Mereka hanya tahu bagaimana untuk melabur dan mengembangkan wang mereka lebih cepat daripada kebanyakan orang.

Anda akan kagum betapa MUDAH dan HEBAT-nya pelaburan saham ini apabila anda belajar bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja dengan lebih bijak. Anda juga akan bertanya kepada diri sendiri, mengapa anda tidak pernah memulakan pelaburan sebelum ini.

Tidak kira usia, kerjaya atau pengalaman ANDA, kursus ini akan membuka mata anda untuk melihat dunia pelaburan sebagai satu platform mendapatkan pendapatan sampingan setiap bulan dan ianya bukanlah sekadar mitos, tetapi boleh dicapai jika anda gigih dan jujur berusaha.  

"Selepas saya mengikuti kursus ini, sekarang saya dah faham bagaimana nak melabur saham dengan betul. Trainer Shidiq sangat membantu, berpengalaman dan tidak kedekut ilmu. Beliau akan mengajar anda segala ilmu yang anda tidak pernah tahu sebelum ini. Saya pasti akan mengesyorkan kursus ini kepada semua kawan-kawan dan saudara-mara saya!"

Apa Yang Anda Akan Belajar Dari Kursus Kejayaan Pelaburan:

  • Kenapa pasaran saham adalah salah satu tempat terbaik untuk melabur, terutamanya jika anda merancang untuk bermula dengan modal yang rendah dan tidak mahu membuat komitmen yang besar.  
  • Strategi pelaburan yang mudah dan berkesan sehinggakan beginner yang menggunakannya juga boleh menghasilkan pulangan minima 12% dengan penggunaan masa dan usaha yang minimum.  
  • Bagaimana untuk mengenal pasti saham undervalued dengan yakin sebelum mengaut keuntungan paling besar.  
  • Teknik pelaburan yang sudah lapuk adalah kesilapan biasa dalam pelaburan dan ianya tidak akan berfungsi dalam pasaran semasa. Anda akan didedahkan teknik pelaburan terkini yang terbaik untuk diikuti jika anda inginkan keuntungan secara konsisten.  
  • Memperoleh gambaran dan pencerahan mengenai Swing vs Momentum Trading. Ketahui bagaimana setiap strategi merupakan padanan terbaik untuk matlamat khusus pelaburan serta gaya hidup anda.  

Dengar Apa Kata Orang Lain Tentang Kursus Ini

Sama ada anda mempunyai pengalaman, atau anda pernah melabur saham sebelum ini

"Sebelum ini, saya tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan saham. Selepas belajar dari Shidiq, kini saya tahu saham mana yang boleh diperdagangkan dengan konfiden, tetapi apa yang lebih penting, saya tahu bagaimana untuk menghasilkan wang. Saya pasti akan menggalakkan semua orang datang belajar dari Shidiq!"

"Kaedah yang diajar dalam kursus ini benar-benar mudah dan jelas. Saya kini lebih bersedia dan yakin untuk berdagang dalam pasaran saham berbanding sebelum ini. Saya pasti akan mengesyorkan rakan-rakan saya untuk menyertai kursus Shidiq!"

Kursus Ini Untuk Siapa

Anda Mahukan Duit Anda Bekerja Lebih Keras Dan Lebih Bijak Demi Masa Depan Anda

  • Anda telah mengumpulkan jumlah simpanan yang banyak tetapi anda tidak pasti bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan wang anda.  
  • Anda ingin membina dana persaraan yang terjamin demi pendapatan yang konsisten dan masa depan anak-anak anda.

Sesiapa Yang Terjejas Dengan Peningkatan Kos Hidup & Mahu Membuat Duit Lebih Banyak

  • Anda mendapati pendapatan semasa anda tidak mencukupi dan berharap agar memperoleh lebih banyak melalui pelaburan.  
  • Anda ingin melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan pelaburan yang betul dan bukannya bergantung pada pendapat orang lain.

Pekerja Professional, Ibu Bapa Yang Bekerja dari Rumah & Pelabur Yang Bercita-cita Tinggi

  • Anda tidak pasti mengenai masa depan anda dan mahu sumber pendapatan kedua kerana tidak mahu bergantung hanya pada pekerjaan harian anda.  
  • Anda sentiasa mahu mempelajari kemahiran pelaburan yang betul tetapi tidak tahu bagaimana dan dari mana untuk bermula.

Pilihan Tarikh:

  • 29 Oktober 2018 (Isnin) Program telah tamat
  • 30 Oktober 2018 (Selasa) Program telah tamat
  • 12 November 2018 (Isnin) Semakin terhad
  • 13 November 2018 (Selasa)  

Masa: 8.00pm hingga 10.30pm (Pendaftaran mula jam 7.30pm) Lokasi: Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Block B, Unit 701, No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor Telefon: 603 7932 1981 Emel: malaysia@summitasia.com  

Nota: Tempahan siapa cepat dia dapat. Penganjur mempunyai hak untuk menolak sebarang walk-in tanpa pendaftaran terdahulu jika tempat duduk seminar penuh. Daftar sekarang untuk mendapatkan tempat duduk anda. Mesej e-mel / mesej pengesahan yang mengandungi butiran kursus akan dihantar kepada anda apabila anda telah berjaya mendaftar.


Pengajar Kursus Anda: Muhd Shidiq Trader Profesional Saham & FX, Pengajar, Ketua Penyelidikan Ekuiti dan Derivatif

Shidiq adalah Trader Profesional Saham dan FX, Pengajar Trading dan Ketua Penyelidikan Ekuiti & Derivatif di Summit, syarikat pendidikan terbesar di Asia. Beliau fokus pada pengembangan trading dan momentum saham yang berpotensi untuk keuntungan besar dengan pendekatan mudahnya untuk mencari saham yang betul, harga yang sesuai dan pada masa yang tepat. Selain daripada trading, beliau telah menjalankan pelbagai kursus mengenai ekuiti AS, Forex, Analisa Teknikal dan Pengurusan Risiko di Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina.